Kerajaan akan mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi tujuan pengurusan bencana banjir pada Isnin depan (12 Sept), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Mesyuarat tersebut dijangka melibatkan kesemua agensi berkaitan, termasuk wakil kerajaan negeri, bagi memastikan pengurusan bencana kali ini lebih teratur.
